Apa itu smart grid.


APA ITU SMART GRID










Smart grid adalah satu sistem elektrik yang menguna sistem digital untuk memantau aliran elektrik itu dari mula dibekal kan sehingga ke pengunanya, dan ia juga mempunyai pelbagai operasi dan juga sumber tenaga lain  seperti smart meter, smart appliance, sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy), dan sumber tenaga yang cekap. Smart grid juga memerlukan komponen pintar untuk melaksanakan fungsi kawalan centralized dan decentralized.

dua aliran elektrik adalah ciri-ciri penting smart grid membolehkan maklumat dan data disalurkan pada pihak- pihak yang penting seperti dalam pasaran elektrik supaya dapat dianalisis untuk memberikan aliran yang optimum.dan juga dapat bertindak dengan cepat sekiranya berlaku sebarang isu atau masalah.





smart grid boleh menyumbang kepada:

  • Penghantaran elektrik yang lebih cekap
  • Pemulihan elektrik lebih cepat selepas gangguan elektrik
  • Mengurangkan kos operasi dan pengurusan untuk utiliti, dan akhirnya menurunkan kos kuasa untuk pengguna
  • membantu menurunkan kadar elektrik
  • Peningkatan integrasi sistem tenaga boleh diperbaharui(renewable energy) berskala besar
  • Integrasi sistem penjanaan kuasa pemilik-pelanggan yang lebih baik, termasuk sistem tenaga yang boleh diperbaharui
  • Keselamatan ditingkatkan








Smart grid ini juga memberi anda informasi dan pilihan untuk anda memilih sumber tenaga yang mana hendak anda gunakan. Sama sahaja dengan cara anda menguruskan kawangan anda di hadapan computer.Anda tidak perlu lagi menunggu  sebulan untuk melihat berapakah nilai elektrik yang telah anda gunakan, anda boleh mempunyai gambaran yang jelas dan tepat pada masanya.Dengan adanya smart grid

smart meter membolahkan anda melihat sebanyak mana elektrik dan kos yang telah anda gunakan,ini membolehkan anda mengurangkan pengunaan elektrik atau pun cost terlalu mahal.Smart Grid berpotensi untuk membantu anda menjimatkan wang dengan membantu anda menguruskan penggunaan elektrik anda dan memilih masa terbaik untuk membeli elektrik. Dan anda dapat menjimatkan lebih banyak lagi dengan menjana kuasa anda sendiri.







PEMAHANAN DALAM BENTUK VIDEO

Comments

Popular Posts